Do what you love! Love what you do!

penulis blog ini diberi nama Mohd Emir Arif Bin Mazlan. Call me Frankie Artiello. Born on 8th of September 1993 di hospital tawakal(titiwangsa). dia minat pada music & warna hijau ahakzz. He is currently single and not available . nak kenal lebih rapat? serious lah ni? kau ingat aku pelacur ke? hahahahahahaha :D have a good time reading! !!!|B^D'

macam-macam cerita bengap hari ni..

pagi hari ni,aku dah la bangun lambat..pastu mandi macam kerbau,then siap laju2..minyak wangi tak pakai,sapu tangan tertinggal..aku terus start motor TZM aku..dengan perasaan terkejar-kejar aku,menyebabkan aku banyak kali sangkut nak start motor tu..haiiish..tapi akhirnya jalan jugak motor tu..alhamdulillah..

sampai tesco,kena ceramah dengan akhil hayy pulak(my dad)...haha,berjinggut aku tunggu,akhirnya selesai..baru nak bukak tongkat,si hafiz sampai dengan EX5 murah dia tu..haha,kita orang kena kerja shift pagi,so..tu pasal la kita orang masuk awal hari2...si emi dengan iwan masuk petang..tapi yang paling best nya tadi,supplier aku datang nak check stock..apa laga,aku mula lah menanya macam2,aku tanya pasal gaji,pasal akaun bank,pasal stock yang dah habis..fuhh,kalau aku cerita semua,penat la aku..so tak lama selepas tu,emi dengan iwan masuk kerja,hari ni diorang masuk awal coz supplier datang..bagi form kat supplier,then kitorang kena punggah stock sama-sama..aduhaii..penat beb..

break time!aku dengan hafiz ni berkobar-kobar lah nak bawak motor untuk makan di rumah..sampai je di motor,aku nak start la..tapi tak mau hidup,apa pasal?aku sendiri pun tak tahu..so aku terpaksa lah pergi membonceng si hafiz ni..dia bawak motor macam dah kena kejar polis,laju nya..sampai bumper pun die redah...senak #^@# aku di buatnya..aduhai..tak lama lepas tu,aku and si hafiz ni buat project..project merosak kan ozon..haha..faham2lah..then aku masuk lah kerja balik..aduhaii penat baii..!

masa kerja,aku memang boring gila..!!!so,rindu lah pula pada si dia!aku pun text la dengan dia..tapi,she reply it when i was serving my customer..so..i replied her message a little bit late...but anyway,love you hunny.!aku teruskan lagi perjuangan ku,lipat dan lipat dan lipat dan lipat dan lipat lagi..hingga lah pukul 5.45..aku dengan hafiz ni cadang nak balik lah..tiba-tiba!abang Lan,(bos aku)panggil,suruh kemas stock di store..coz stock si hafiz ni nak masuk..kitorang kerja la extra sikit...pukul 7.00 baru siap..memang nak je aku marah bos aku tuhh,tapi nasib baik dia belanja aku n the gang dibelanja air isotonik,then aku pun balik..

masa nak start motor,sayang aku tu(motor TZM aku),tak mahu start pulak,aku pun nervous lahh..aku pun decide untuk call my dad,dia suruh ubah choke,and goyang clutch,pastu baru boleh start..haha,berjaya.!thanx dad!aku dengan hafiz pun balik lah,kitorang ikut highway connaught,tapi dalam sedap aku main rem-rem motor tu,tiba-tiba aku terlepas simpang nak balik rumah,aduhai..si hafiz pun marah-marah aku then terus blah..hai tinggal la aku bersendirian di highway tu..aku pun cari lah jalan sendiri..sampai traffic light,motor aku mati,tapi nasib baik aku ni agak pro dalam bidang mechanic ni,dengan sekelip mata je motor aku start semula..aku pun jalan la balik..perghhh..!best siot ronda-ronda kat k.l ni..haha..aku pun sampai rumah...the end.!

choke*=satu suis untuk tuning motor clutch.
rem-rem*=main press-press throttle minyak,contoh-'vroom-vroom'..

1 comment:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.